Orientasi Pelajar Tahun 1 Semester Julai 2010/2011

Pada 16 Julai dan 17 Julai 2010 lepas, DHC telah mengadakan program Orientasi bagi menyambut kedatangan pelajar tahun 1 untuk semester Julai 2010/2011. Program itu diadakan di sekitar pantai UMT dan juga di Fakulti Sains dan Teknologi bermula dari pukul 8 pagi pada 16 Julai sehingga pukul 6 petang 17 Julai.

Berbagai aktiviti yang telah disediakan oleh semua AJK program ini khusus untuk mengeratkan lagi hubungan di antara pelajar tahun 3, tahun 2 dan juga 80 orang pelajar tahun 1 yang menyertai program itu. Antara aktviti yang disediakan ialah Icebreaking, Nightwalk, persembahan kebudayaan, cheersong, senamrobik dan banyak lagi. Ternyata, aktiviti ini telah dapat mengeratkan hubungan di antara semua ahli kelab DHC.

Bermacam-macam ragam dan aksi kreatif yang telah ditunjukkan oleh pelajar tahun 1 sepanjang penglibatan mereka dalam program ini. Semua AJK dan fasilitator yang terlibat dengan program orientasi ini ternyata tidak kering gusi melihat gelagat mereka yang telah berjaya menceriakan lagi program kali ini.

Diharapkan para pelajar tahun 1 akan terus menyokong setiap aktiviti yang dianjurkan oleh DHC dan melibatkan diri secara aktif dalam DHC. Buat pelajar tahun 1, Selamat Menimba Ilmu di UMT dan semoga beroleh keberkatan dan kejayaan di sepanjang perjalanan bagi memperoleh segulung ijazah..=)
Related Posts with Thumbnails