Majlis Makan Malam Tahunan Jabatan Sains Biologi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli kelab DHC..

Pada 12 Mac yang lepas, Ri yaz heritage menjadi saksi berlangsungnya sebuah acara gilang-gemilang iaitu Majlis Makan Malam Tahunan Jabatan Sains Biologi yang bertempat di Cindai Ballroom resort berkenaan. Bertemakan " Night of Golden Memories", acara itu diadakan untuk meraikan para pelajar tahun 3 yang akan menamatkan pengajian mereka di UMT pada pertengahan tahun ini.

Majlis ini dirasmikan oleh Prof Madya Dr. Aziz Ahmad dan majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang pensyarah Jabatan Sains Biologi yang lain termasuklah Dr. Faridah, En. Ahmad Farid Bin Abdul Fuad, Cik Norasmah, Cik Nur Fariza, Cik Zalipah, dan juga Cik Jamilah.

Majlis makan malam ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada semua pelajar Jabatan Sains Biologi yang juga merupakan ahli kelab DHC dan juga Kelab Biodiversiti yang merangkumi pelajar tahun 1 hinggalah ke tahun 3. Segala penat lelah kesemua AJK majlis makan malam ini yang terdiri daripada pelajar tahun 1 kedua-dua kelab berkenaan bagaikan hilang apabila Dr. Aziz sendiri memuji kehadiran para pelajar yang memenuhi dewan pada malam itu.

Majlis diserikan dengan persembahan tarian, dan nyanyian oleh pelajar tahun 1 yang tidak dapat dinafikan mempunyai bakat yang terpendam dalam diri masing-masing. Majlis turut diwarnai dengan acara cabutan bertuah dan juga slide show gambar-gambar kenangan para pelajar tahun 3 yang diraikan pada malam itu.

Ternyata, majlis makan malam ini adalah semestinya adalah "night of golden memories" bagi kesemua pelajar Jabatan Sains Biologi. Diharap bahawa ukhuwah yang terjalin sentiasa tersimpul mati dan terpahat di hati untuk selamanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails