Posted by
DHC 2009/2010
comments (0)
Bersempena Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah, Kelab Double Helix akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Jabatan Sains Biologi Istimewa Bersama Pembimbing Siswa.Tema sambutan majlis yang bakal diadakan pada 1 Oktober 2010 bersamaan hari Jumaat ini ialah "Ukhwah yang Sempurna dan Bermakna". Semua mahasiswa dan mahasiswi Tahun 1, 2 dan 3 bagi kedua-dua kos Sains Biologi dan Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) diwajibkan hadir. Butiran mengenai aturcara majlis adalah seperti berikut:-
Tarikh : 01 Oktober 2010 (Jumaat)
Tempat : Ruang Legar (Foyer) Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT.
Masa : 7.30 malam - 11.30 malam.
Aturcara Majlis
7.30 - 8.00 - Ketibaan ...
Sep
24
Program Mega Cakna Ramadhan
Posted by
DHC 2009/2010
comments (0)
Pada 27 Ogos dan 28 Ogos 2010, DHC bersama-sama KAI telah mengadakan Program Mega Cakna Ramadhan bertempat di Kem Telaga Batin, Pusat Integriti Negaeri Terengganu. Objektif program ini adalah untuk menerapkan penghayatan berguna kepada mahasiswa bersempena bulan ramadhan al mubarak. Di samping itu, program ini juga diharap dapat memberi kesan kepada mahasiswa dalam menempuh cabaran dan dugaan di alam remaja.
Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 1 Sains Biologi, ahli DHC dan Kelab BioD terlibat dengan program ini. Program ini juga dirasmikan oleh Prof Aziz. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah tayangan cerita Laskar Pelangi, slot refleksi Qalbu-Mental Warrior, ...