Program Mega Cakna Ramadhan

Pada 27 Ogos dan 28 Ogos 2010, DHC bersama-sama KAI telah mengadakan Program Mega Cakna Ramadhan bertempat di Kem Telaga Batin, Pusat Integriti Negaeri Terengganu. Objektif program ini adalah untuk menerapkan penghayatan berguna kepada mahasiswa bersempena bulan ramadhan al mubarak. Di samping itu, program ini juga diharap dapat memberi kesan kepada mahasiswa dalam menempuh cabaran dan dugaan di alam remaja.

Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 1 Sains Biologi, ahli DHC dan Kelab BioD terlibat dengan program ini. Program ini juga dirasmikan oleh Prof Aziz. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah tayangan cerita Laskar Pelangi, slot refleksi Qalbu-Mental Warrior, Diskusi Intelektual, Solat Tarawikh Berjemaah dan juga BBQ.

Program ini bukan sahaja telah mencapai objektif yang diinginkan malah turut dapt mengeratkan hubungan di antara ahli DHC, BioD dan juga KAI. Diharap lebih banyak program sebegini dapat diadakan pada masa yang akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails